go kart

Taman Rusa Tarikan Pengunjung Pelbagai Budaya Di UUM
















         Universiti Utara Malaysia merupakan sebuah universiti yang ditubuhkan untuk memberi fokus kepada pengurusan. Universiti ini dikenali sebagai sebuah universiti pengurusan terkemuka yang menduduki tempat ke-10 terbaik Malaysia. Keadaan geostrategik yang berjauhan dengan bandar atau berada di pedalaman menjadikan kawasan universiti ini unik. Universiti ini disifatkan sebagai “Universiti Rimba Hijau” kerana dikelilingi oleh hutan. Keindahan alam semulajadi telah menjadikan universiti ini sebagai suatu tarikan kepada pengunjung. Kepelbagaian flora dan fauna juga telah menarik perhatian pengunjung yang terdiri daripada pelbagai latar belakang untuk berkunjung ke UUM secara terus. Keindahan kawasan universiti yang menghijau membolehkan pihak universiti memelihara pelbagai jenis spesis hidupan untuk dijadikan sebagai tarikan pelancong. Para pengunjung harus datang dengan sendiri untuk melihat suasana yang indah serta sangat kondusif.




















Taman Rusa atau Ladang Rusa merupakan salah satu kawasan yang menarik yang harus dikunjungi oleh para pengunjung. Taman Rusa ini telah diwujudkan sekitar tahun 1994. Taman Rusa ini dikendalikan oleh Unit Park & Recreation UUM iaitu sebuah unit yang berada dibawah Jabatan Pembangunan & Penyenggaraan Universiti Utara Malaysia. Jika dibandingkan, pada tahun 1996 terdapat hanya 14 ekor rusa yang diternak berbanding pada masa kini iaitu lebih 90 ekor rusa. Dengan keluasan kawasan UUM yang sangat luas tidak hairanlah terdapat lebih 90 ekor rusa di sini. Hal ini kerana keluasan Taman Rusa sekitar 4 ekar adalah dipengaruhi oleh keluasan kawasan sekeliling.  Perkembangan ini menunjukkan bahawa pihak universiti menerima sambutan yang sangat menggalakkan daripada pengunjung.


Untuk pengetahuan para pengunjung, terdapat 2 jenis rusa yang diternak di UUM iaitu rusa jenis Timorensis dan rusa jenis Samba. Kedua-dua spesis ini telah diimport dari luar negara dan dipelihara di bawah pengendalian Unit Park & Recreation UUM. Selaras dengan objektif utama penubuhan Taman Rusa iaitu ingin mewujudkan sebuah taman yang memelihara serta menternak rusa sebagai tujuan pelancongan, taman ini telah dibuka kepada pengunjung bagi melihat dengan lebih dekat spesis-spesis rusa yang diternak. Selain itu, ia juga adalah untuk tujuan penyelidikan dan pemerhatian,mengelakkan kepupusan serta membiakkan rusa dalam bidang penternakan di Malaysia.



Tertanya-tanya tentang kelebihan mengunjungi taman rusa?? Ya, pasti bakal pengunjung akan tertanya-tanya tentang kelebihan mengunjungi taman rusa ini. Antara sebab harus berkunjung ke taman rusa ini adalah kerana pengunjung dapat melihat dengan lebih dekat spesis-spesis rusa yang diternak. Masyarakat yang berkunjung ke uum boleh mengenali dengan lebih jelas antara 2 jenis rusa yang terdapat di taman ini dan ia juga dapat memberi pendedahan kepada anak-anak tentang habitat hidupan liar.



Selain itu, rusa yang jinak juga dapat menggamit perhatian masyarakat luar apabila berkunjung ke UUM. Disebabkan rusa yang diternak adalah sangat jinak, pengunjung yang berkunjung ke taman rusa dibenarkan untuk memberi makanan kepada rusa. Makanan yang selalu diberikan adalah seperti rumput Guinea Kuda, rumput Signal, daun Nangka, daun Mengkirai , tumbuhan hutan serta buah-buahan. Terdapat juga pengunjung yang memberikan roti kepada rusa tersebut. Rusa ternakan UUM yang sangat jinak juga membolehkan pengunjung atau pelawat memegang rusa tanpa rasa takut. Ini sesuai untuk anak-anak kecil kerana ia memberikan pendedahan secara positif terhadap kanak-kanak.

Seterusnya, aktiviti riadah juga boleh dilakukan secara santai di kawasan Taman Rusa. Sudah menjadi kebiasaan bagi warga UUM khususnya mengisi masa lapang terutamanya di waktu petang dengan mengunjungi taman rusa UUM. Hal ini adalah untuk memberikan kelegaan terhadap segala kepenatan dan tekanan yang dialami oleh mereka disebabkan oleh sesi pembelajaran.


Untuk memperlihatkan keunikan kepada sesuatu, rusa yang jinak juga membolehkan sesi penggambaran ataupun fotografi dijalankan. Terdapat ramai graduan-graduan yang menamatkan pengajian mereka menjalankan sesi penggambaran untuk meraikan hari gilang-gemilang tersebut. Keadaan ini memberikan kelainan yang menjadi keistimewaan kepada mereka apabila bergraduasi. Pengantin baru juga boleh berkunjung ke taman rusa untuk sesi penggambaran bersama keluarga. Tidak lupa juga, pelancong asing kebanyakannya akan bergambar di sekitar Kawasan taman rusa ini.


UUM bukanlah sebuah kampus untuk menimba ilmu pengetahuan sahaja, malah ia adalah tempat untuk membina sahsiah diri. Kewujudan Taman Rusa di kampus UUM dapat menguatkan sahsiah diri mahasiswa mahupun pengunjung untuk Bersama-sama memelihara dan mengekalkan persekitaran alam semula jadi. Kunjungan dari pelbagai lapisan masyarakat sangatlah penting untuk meningkatkan kesedaran tentang pemuliharaan spesis haiwan yang semakin hari semakin pupus akibat aktiviti yang tidak berperikemanusiaan iaitu pemburuan. Taman rusa ini terletak di laluan C iaitu laluan ke Inasis Muamalat dan YAB.

TAMAN BURUNG UNTA UUM

Salah satu kawasan yang mampu menarik para pengunjung ialah Taman Burung Unta di UUM. Taman Burung Unta ini wujud sejak november, 2013 dan dikawal selia oleh Unit Taman & Rekreasi UUM. Unit Taman & Rekreasi juga turut menguruskan taman-taman  lain seperti Taman Burung Unta, Taman Rusa, Taman Botani, Taman Hutan UUM, Dusun Buah-buahan untuk tujuan produksi atau pengeluaran hasil-hasil pertanian dan ternakan. Kini hanya tinggal dua ekor burung unta. Burung Unta merupakan spesies burung terbesar di dunia yang masih hidup. Dengan ketinggiannya sehingga 2.5 (lapan kaki). Burung Unta digunakan oleh sebahagian orang Afrika Utara dan Arab sebagai tunggangan lumba. 

Burung ini tidak boleh terbang dan termasuk dalam kumpulan primitif yang kurang dikenali. Jangka hayat untuk burung unta adalah 40 tahun. Burung unta adalah haiwan yang berdarah panas dan seluruh badannya diselebungi dengan bulu. Bulu burung unta selalunya digunakan sebagai hiasan topi wanita dan topeng muka. Kulit telur burung unta juga digunakan untuk menghasilkan kraftangan dan hiasan. Daging burung unta disukai ramai kerana rasa dagingnya yang tidak berlemak. Minyak burung unta juga dapat dihasilkan dengan menggunakan pati lemak burung unta dan minyak zaiton dan seterusnya diproseskan melalui cara teknologi tertentu. Minyak burung unta adalah minyak yang mengandungi pelbagai omega dan mudah diserap. Para pengunjung yang lazimnya terdiri daripada pelajar uum boleh melakukan aktiviti riadah seperti berjoging di sekitar taman burung unta. Para pengunjung berpeluang melihat rupa bentuk burung unta yang kurang dikenali ramai ini.

GO-CART UUM

Litar Go-Kart UUM merupakan yang pertama di dunia dibina dalam kampus. Uniknya, Litar Go-Kart UUM yang dibina melawan pusingan jam merupakan litar keempat dibina seumpama itu di dunia serta mendapat pengiktirafan daripada Persekutuan Automobil Malaysia. Semua pelajar boleh menyertainya dengan caj bayaran RM5 untuk 5 pusingan. Orang luar yang berminat juga boleh menyertainya dengan caj bayaran RM30 untuk 5 pusingan.Litar Go-Kart di UUM ini juga turut menganjurkan banyak pertandingan Go-Kart di peringkat kebangsaan dan disertai oleh pelumba-pelumba dari seluruh negara.

VARSITY MALL UUM

    
Varsity Mall ialah mall yang utama di Universiti Utara Malaysia (UUM). Varsity mall (V-mall) merupakan gedung perniagaan pelajar termoden dalam kampus yang beroperasi yang telah menjadi satu lagi mercu tanda perkhidmatan terbaik UUM kepada semua warga kampus khususnya pelajar dan pelancong.

Varsity Mall mempunyai 82 lot kedai yang beroperasi. Lokasi V-mall yang strategik berada di tengah-tengah kampus memudahkan pelajar dan pelancong untuk berkunjung ke V-Mall  sama ada untuk membeli barang keperluan atau bersantai bersama rakan-rakan.

Varsity Mall dilihat bakal menjadi satu lagi mercu tanda terbaik UUM kepada semua warga kampus, khususnya pelajar dan pelancong, di samping memudahkan setiap urusan harian mereka tanpa perlu keluar ke Pekan Changlun, Jitra atau Bandaraya Alor Setar.

Varsity Mall telah melalui kerja-kerja pengubahsuaian, naik taraf dan penambahan lot perniagaan pada tahun 2016 daripada 44 kepada 82 lot yang mana daripada jumlah itu sebanyak 20 buah lot perniagaan serta tiga kiosk dikhaskan untuk siswa UUM, 49 buah lot disewakan dan terdapat dua buah pejabat pengurusan.

Antara jenis perniagaan dan perkhidmatan yang terdapat di Varsity Mall ialah pasaraya, koperasi UUM, kedai makanan dan minuman, kosmetik, peralatan sukan, alat telekomunikasi, aksesori komputer, bank dan pejabat pos.

Gedung perniagaan yang berwajah baharu itu bukan sahaja menyediakan peluang mahasiswa untuk menjalankan aktiviti keusahawanan, malah turut dipenuhi dengan kedai-kedai dari jenama popular seperti Pizza Hut Delivery, Planet Sandwich, Richiamo Café dan Sir Cafe & Co.

KAYAK UUM

KAYAK UUM

     Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, tahukah anda semua bahawa pihak uum telah menyediakan perkhidmatan berkayak secara percuma kepada para pelajar uum untuk mencuba benda baharu secara percuma. Aktiviti berkayak ini amat sesuai untuk para pelajar menghilangkan stress belajar supaya mendapat idea baharu untuk membuat assigment. Tasik Sime Darby pada mulanya dinamakan sebagai Tasik Guthrie sempena nama Dewan Penginapan Pelajar Guthrie yang berada di sebelah tasik itu atau kini dikenali sebagai Dewan Penginapan Pelajar Sime Darby. Persekitaran yang indah pada waktu petang menjadi tarikan para pelajar untuk berjogging and berjalan-jalan sambil menghirup udara yang segar. Sejak dulu lagi aktiviti kayak sangat terkenal dan diadakan pada setiap petang untuk memberi peluang kepada para pelajar UUM untuk mendapatkan pengalaman berkayak. Malah, Kelab Kenu UUM menyediakan pelbagai aktiviti dan latihan bagi pelajar yang berminat untuk belajar berkayak.

     Kayak yang disediakan oleh pihak UUM ada dua iaitu yang jenis single dan double jika para pelajar ,staff atau orang awam yang hendak berkayak secara berpasangan boleh menggunakkan kayak yang double dan jika ingin berkayak berseorangan boleh ambil kayak yang single. Perkhidmatan berkayak ini ada mengenakan caj sebanyak RM3 kepada staff yang ingin berkayak dan para pelajar tidak dikenakan sebarang caj jika ingin melakukan aktiviti berkayak ini.

SAYA MENYERU KEPADA PARA PELAJAR,STAFF DAN ORANG AWAM SUPAYA MENCUBA MENGGUNAKAN KAYAK YANG TELAH DISEDIAKAN OLEH PIHAK UUM


PUNCAK VISTA UUM

                                   

            Pada 20 oktober 2015, Universiti Utara Malaysia telah menggunakan "tagline" universiti di rimba hijau disebabkan suasana persekitarannya."Tagline' baru tersebut bersesuaian dengan kedudukan kampus UUM yang dikelilingi flora dan fauna dan keindahan yang boleh menarik lebih ramai pelawat ke universiti ini. Universiti Utara Malaysia telah meraih kedudukan ke-45 dalam UI Green Metric World University menyebabkan pihak UUM lebih cenderung untuk menjalankan aktiviti bertemakan alam sekitar. sejak penubuhannya pada 16 februari 1984, UUM telah giat menjalankan aktiviti untuk memelihara dan memulihara khazanah hutan hujan tropika tersebut.

                              

              Disebabkan itu, terdapat banyak tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi oleh pengunjung mahupun pelajar UUM sendiri. Antaranya ialah Puncak Vista yang menjadi pilihan para pengunjung dan pelajar. Hal ini kerana melalui Puncak Vista para pengunjung dapat melihat panorama atau pemandangan yang cantik di sekitar UUM. Hal ini kerana disebabkan tahap ketinggian Puncak Vista pengunjung dapat melihat bukit-bukit yang cantik dihiasi dengan pokok-pokok yang hijau dan segar. Bukan itu sahaja, malah pengunjung dapat melihat bangunan-bangunan besar yang terdapat di dalam UUM seperti Perpustakaan Sultanah Bahiyah dan bangunan canselor. Sekiranya pengunjung mendaki Puncak Vista pada waktu pagi, mereka bolehlah menikmati pemandangan waktu fajar di UUM dan juga semasa matahari terbit. Tambahan pula pengunjung dapat melihat tasik UUM melalui pandangan dari atas yang akan mengindahkan lagi pemandangan tersebut.

                           

            Selalunya, para pelajar akan membuat program untuk mendaki Puncak Vista dimana mereka memberi masa untuk menenangkan diri daripada tekanan belajar buat seketika. Semasa mendaki Puncak Vista, pengunjung dapat menikmati suasana alam sekitar dan menghirup udara segar disamping dapat menjalinkan hubungan yang lebih erat sesama mereka. Namun, pengunjung perlulah bersedia dari segi fizikal sekiranya tidak pernah mengikuti mana-mana aktiviti mendaki bagi mengelakkan perkara yang tidak dijangka.

                                                            


                  Untuk pengetahuan anda, terdapat 3 Puncak Vista yang dibina di dalam UUM. 2 daripadanya terletak di dalam hutan sintok yang masing-masing mempunyai ketinggian 6.3 meter dari permukaan tanah. Sebuah lagi Puncak Vista didirikan di atas bukit berhampiran inasis Maybank. Bagi Puncak Vista ini, ia berketinggian 90 meter dari aras laut dan harus menaiki 164 anak tangga sebelum sampai ke puncak. Puncak Vista ini sesuai bagi pengunjung yang ingin melihat suasana kampus UUM secara menyeluruh.

           Disamping menjadi tempat melakukan program, Puncak Vista juga digunakan sebagai tempat untuk beriadah dan berkelah disebabkan oleh suasananya yang memukau dari puncak tersebut. banyak persatuan-persatuan yang terdiri daripada kalangan para pelajar telah mengadakan aktiviti riadah di sana. Jadi apa tunggu lagi? Datanglah dan alami sendiri keunikan flora dan fauna yang terdapat di dalam UUM.


PUSAT EQUIN UUM


PUSAT EKUIN UUM

Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menyediakan kemudahan yang menarik untuk aktiviti sukan kokurikulum seperti Pusat Ekuin. Pusat Ekuin UUM telah ditubuhkan pada tahun 2008, dan penubuhannya adalah untuk memperkenalkan aktiviti sukan berkuda kepada pelajar dan masyarakat di sekeliling. Pusat Ekuin ini tidak terdapat pada semua Universiti Awam dengan menyediakan aktiviti sukan tersebut. Malah, di UUM telah menyediakan Pusat Ekuin yang bertaraf dunia.
Di Pusat Ekuin UUM kini telah menyediakan 15 ekor kuda bagi memberi peluang kepada pelajar dan kakitangan Universiti untuk menyertai sukan berkuda ini sekali gus dapat memanfaatkan prasarana yang telah disediakan oleh pihak Universiti. Menurut dalam perancangan UUM, bagi menyertai pertandingan sukan berkuda sekurang-kurangnya sehingga ke peringkat kebangsaan namun perlu juga dilihat dari segi atlet dan jurulatih yang mempunyai kepakaran yang lebih dalam sukan berkuda ini.

“Bilangan kuda yang terdapat di Pusat Ekuin kini bertambah dari asalnya 8 ekor dan sekarang mempunyai 15 ekor termasuk kuda padi (kecil). Antara kuda yang ada ialah Jimmy, Romeo, Martina, For us, Sakura, Ladang, Tiger, Pablo dan dua ekor kuda padi. Kesemua kuda dijaga oleh pekerja yang berpengalaman dalam menguruskan kuda,” kata jurulatih berpengalaman Pusat Ekuin Mohd Hafizam Wan Ismail. Menurut beliau lagi jadual perjalanan tugas Pusat Ekuin adalah bermula pada pukul 6 pagi sehingga pukul 7 petang.

Encik Hafizam juga merupakan seorang penderma hati pertama negara Malaysia yang telah sudi menderma sebahagian hatinya kepada seorang kanak-kanak yang bernama Mohd Afiq Iqmal Muhammad Zani, kira-kira 17 tahun yang lalu, semasa Encik Hafizam berusia 23 tahun. Beliau bertugas sebagai ketua jurulatih di Pusat Ekuin UUM.

Pusat Ekuin juga pernah menjalankan kursus pensijilan pengurusan kuda bertaraf   “O-level” yang mempunyai penyertaan dari masyarakat luar yang mempunyai minat dalam sukan berkuda. Kursus sukan berkuda diadakan adalah bermatlamat di mana untuk mengetahui pelbagai aspek asas dalam pengendalian kuda. Satu aspek yang paling penting dalam pengendalian kuda untuk mencapai standard menunggang kuda yang baik ialah “sikap”  di mana penunggang yang baik mesti dapat memahami dan sekurang-kurangnya menyukai kuda.

Selain aktiviti kokurikulum Pusat Ekuin juga menyediakan kelas pengurusan dan menunggang kuda kepada sesiapa yang berminat dalam sukan berkuda. Kelas menunggang kuda ini juga dikendalikan oleh jurulatih yang bertauliah dan mempunyai banyak pengalaman dalam pengendalian kuda. Dalam kelas pengendalian kuda setiap peserta diajar dalam kesemua aspek mengenai pengurusan kandang dan cara penjagaan kuda. Bagi yang berminat dalam kelas pengendalian kuda selama 8 sesi boleh menyertai dan yurannya adalah RM180. Setiap sesi kelas adalah 1 jam dan mempunyai dua iaitu sesi pagi dan sesi petang.


Dalam pengurusan stable terdapat banyak peraturan yang perlu diketahui seperti peraturan “grooming” dan bersihkan kuda. “Grooming” adalah perlu dibuat dengan teliti agar dapat mengesan kesan luka yang terdapat pada badan kuda dan juga membersihkan najis yang melekat pada badan kuda tersebut. Peraturan memberi makanan kepada kuda juga mesti mengikut jadual makan dan minum mengikut sukatan yang ditetapkan.

Belajar mengenai pengendalian kuda adalah satu pengalaman yang berharga di mana dapat mengamalkan salah satu sunah Nabi Muhammad S.A.W. Sukan berkuda ini juga adalah sukan yang menyeronokkan dan dapat menyihatkan tubuh badan.