Varsity Mall ialah mall yang utama di Universiti Utara Malaysia (UUM). Varsity mall (V-mall) merupakan gedung perniagaan pelajar termoden dalam kampus yang beroperasi yang telah menjadi satu lagi mercu tanda perkhidmatan terbaik UUM kepada semua warga kampus khususnya pelajar dan pelancong.
Varsity Mall mempunyai 82 lot kedai yang beroperasi. Lokasi V-mall yang strategik berada di tengah-tengah kampus memudahkan pelajar dan pelancong untuk berkunjung ke V-Mall sama ada untuk membeli barang keperluan atau bersantai bersama rakan-rakan.
Varsity Mall dilihat bakal menjadi satu lagi mercu tanda terbaik UUM kepada semua warga kampus, khususnya pelajar dan pelancong, di samping memudahkan setiap urusan harian mereka tanpa perlu keluar ke Pekan Changlun, Jitra atau Bandaraya Alor Setar.
Varsity Mall telah melalui kerja-kerja pengubahsuaian, naik taraf dan penambahan lot perniagaan pada tahun 2016 daripada 44 kepada 82 lot yang mana daripada jumlah itu sebanyak 20 buah lot perniagaan serta tiga kiosk dikhaskan untuk siswa UUM, 49 buah lot disewakan dan terdapat dua buah pejabat pengurusan.
Antara jenis perniagaan dan perkhidmatan yang terdapat di Varsity Mall ialah pasaraya, koperasi UUM, kedai makanan dan minuman, kosmetik, peralatan sukan, alat telekomunikasi, aksesori komputer, bank dan pejabat pos.
Gedung perniagaan yang berwajah baharu itu bukan sahaja menyediakan peluang mahasiswa untuk menjalankan aktiviti keusahawanan, malah turut dipenuhi dengan kedai-kedai dari jenama popular seperti Pizza Hut Delivery, Planet Sandwich, Richiamo Café dan Sir Cafe & Co.
No comments:
Post a Comment