PUNCAK VISTA UUM

                                   

            Pada 20 oktober 2015, Universiti Utara Malaysia telah menggunakan "tagline" universiti di rimba hijau disebabkan suasana persekitarannya."Tagline' baru tersebut bersesuaian dengan kedudukan kampus UUM yang dikelilingi flora dan fauna dan keindahan yang boleh menarik lebih ramai pelawat ke universiti ini. Universiti Utara Malaysia telah meraih kedudukan ke-45 dalam UI Green Metric World University menyebabkan pihak UUM lebih cenderung untuk menjalankan aktiviti bertemakan alam sekitar. sejak penubuhannya pada 16 februari 1984, UUM telah giat menjalankan aktiviti untuk memelihara dan memulihara khazanah hutan hujan tropika tersebut.

                              

              Disebabkan itu, terdapat banyak tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi oleh pengunjung mahupun pelajar UUM sendiri. Antaranya ialah Puncak Vista yang menjadi pilihan para pengunjung dan pelajar. Hal ini kerana melalui Puncak Vista para pengunjung dapat melihat panorama atau pemandangan yang cantik di sekitar UUM. Hal ini kerana disebabkan tahap ketinggian Puncak Vista pengunjung dapat melihat bukit-bukit yang cantik dihiasi dengan pokok-pokok yang hijau dan segar. Bukan itu sahaja, malah pengunjung dapat melihat bangunan-bangunan besar yang terdapat di dalam UUM seperti Perpustakaan Sultanah Bahiyah dan bangunan canselor. Sekiranya pengunjung mendaki Puncak Vista pada waktu pagi, mereka bolehlah menikmati pemandangan waktu fajar di UUM dan juga semasa matahari terbit. Tambahan pula pengunjung dapat melihat tasik UUM melalui pandangan dari atas yang akan mengindahkan lagi pemandangan tersebut.

                           

            Selalunya, para pelajar akan membuat program untuk mendaki Puncak Vista dimana mereka memberi masa untuk menenangkan diri daripada tekanan belajar buat seketika. Semasa mendaki Puncak Vista, pengunjung dapat menikmati suasana alam sekitar dan menghirup udara segar disamping dapat menjalinkan hubungan yang lebih erat sesama mereka. Namun, pengunjung perlulah bersedia dari segi fizikal sekiranya tidak pernah mengikuti mana-mana aktiviti mendaki bagi mengelakkan perkara yang tidak dijangka.

                                                            


                  Untuk pengetahuan anda, terdapat 3 Puncak Vista yang dibina di dalam UUM. 2 daripadanya terletak di dalam hutan sintok yang masing-masing mempunyai ketinggian 6.3 meter dari permukaan tanah. Sebuah lagi Puncak Vista didirikan di atas bukit berhampiran inasis Maybank. Bagi Puncak Vista ini, ia berketinggian 90 meter dari aras laut dan harus menaiki 164 anak tangga sebelum sampai ke puncak. Puncak Vista ini sesuai bagi pengunjung yang ingin melihat suasana kampus UUM secara menyeluruh.

           Disamping menjadi tempat melakukan program, Puncak Vista juga digunakan sebagai tempat untuk beriadah dan berkelah disebabkan oleh suasananya yang memukau dari puncak tersebut. banyak persatuan-persatuan yang terdiri daripada kalangan para pelajar telah mengadakan aktiviti riadah di sana. Jadi apa tunggu lagi? Datanglah dan alami sendiri keunikan flora dan fauna yang terdapat di dalam UUM.


No comments:

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)