Salah satu kawasan yang mampu menarik para pengunjung ialah Taman Burung Unta di UUM. Taman Burung Unta ini wujud sejak november, 2013 dan dikawal selia oleh Unit Taman & Rekreasi UUM. Unit Taman & Rekreasi juga turut menguruskan taman-taman lain seperti Taman Burung Unta, Taman Rusa, Taman Botani, Taman Hutan UUM, Dusun Buah-buahan untuk tujuan produksi atau pengeluaran hasil-hasil pertanian dan ternakan. Kini hanya tinggal dua ekor burung unta. Burung Unta merupakan spesies burung terbesar di dunia yang masih hidup. Dengan ketinggiannya sehingga 2.5 (lapan kaki). Burung Unta digunakan oleh sebahagian orang Afrika Utara dan Arab sebagai tunggangan lumba.
Burung ini tidak boleh terbang dan termasuk dalam kumpulan primitif yang kurang dikenali. Jangka hayat untuk burung unta adalah 40 tahun. Burung unta adalah haiwan yang berdarah panas dan seluruh badannya diselebungi dengan bulu. Bulu burung unta selalunya digunakan sebagai hiasan topi wanita dan topeng muka. Kulit telur burung unta juga digunakan untuk menghasilkan kraftangan dan hiasan. Daging burung unta disukai ramai kerana rasa dagingnya yang tidak berlemak. Minyak burung unta juga dapat dihasilkan dengan menggunakan pati lemak burung unta dan minyak zaiton dan seterusnya diproseskan melalui cara teknologi tertentu. Minyak burung unta adalah minyak yang mengandungi pelbagai omega dan mudah diserap. Para pengunjung yang lazimnya terdiri daripada pelajar uum boleh melakukan aktiviti riadah seperti berjoging di sekitar taman burung unta. Para pengunjung berpeluang melihat rupa bentuk burung unta yang kurang dikenali ramai ini.
No comments:
Post a Comment